00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Mesir memberi jaminan untuk mempermudahkan penyaluran 376 tan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Razah pada
00:11April.
00:12Perdana Menteri dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya memberitahu jaminan itu disampaikan sendiri oleh Presiden Mesir Abdul Fattah Assisi ketika mengadakan
00:20perbincangan dengan beliau pada 26 Mac lalu.
00:25Langkah ini dijangka membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100 ribu penduduk Gaza yang amat memerlukan melalui pintu sempadan Rafah.
00:33Pada masa sama Anwar turut menegaskan prinsip Malaysia yang tidak akan tunduk terhadap halangan daripada rejim Zionis Israel yang disifatkan
00:41yang merencatkan usaha kemanusiaan ini.
00:43Tegasnya di saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah mempertahankan
00:52hak mereka yang tertindas.
00:53Pada 14 Mac, media melaporkan bahawa hampir semua usaha bantuan kemanusiaan melalui lintasan Kerem Shalom iaitu wilayah yang dikuasai Israel
01:01berhampiran sepadan Rafah telah ditolak sepenuhnya.
01:04Untuk rekod, Kerem Shalom kekal sebagai satu-satunya lintasan yang masih beroperasi untuk memasuki Gaza.
01:10Manakala lintasan Rafah dan Zikim dibuka secara separa sejak bermulanya serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada
01:1828 Februari lepas.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments