Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kualiti udara di Sarawak menunjukkan peningkatan IPU dengan kebanyakan kawasan pada tahap sederhana. NREB memaklumkan keadaan dipengaruhi peralihan monsun, pembakaran terbuka dan jerebu rentas sempadan, serta menasihatkan orang ramai berwaspada.
Transcript
00:01Kualiti udara di Sarawak menunjukkan tren peningkatan bacaan indeks pencemaran udara, IPU, dengan 17 kawasan direkodkan berada pada kategori sederhana,
00:10manakala satu kawasan mencatatkan kategori baik.
00:13Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, NREB Sarawak, dalam kaitan lewat malam Sabtu, maklumkan keadaan itu dipengeruhi oleh fasa peralihan
00:20monsoon yang dijangka bermula ahad hingga Mei, membawa tiupan angin lemah dari pelbagai arah sekaligus berpotensi memerangkap bahan pencemar di
00:28atmosfera.
00:32Kenyataan itu menambah peningkatan paras IPU berkemungkinan berpunca daripada pembakaran terbuka setempat serta jerebu rentas sempadan.
00:39Sekiranya keadaan cuaca kering berterusan dan aktiviti pembakaran biomas meningkat, Sarawak berisiko mengalami jerebu.
00:46Menurut NREB, berdasarkan laporan Pusat Meteorologi khusus ASEAN, sebanyak 241 titik panas telah dikesan di Kalimantan, Indonesia, manakala di Sarawak
00:5618 titik panas direkodkan.
00:57Sebenarnya dengan itu, NREB telah mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk mengaktifkan bilik operasi jerebu, melaksanakan rundaan lapangan, menghentikan sementara pengeluaran
01:06permit pembakaran terkawal, serta mengeluarkan notis larangan pembakaran terbuka kepada semua pemaju projek.
01:13Orang ramai di Sarawak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan pengambilan air mencukupi, mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka
01:20terutama bagi golongan berisiko tinggi.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended