Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan susulan konflik Asia Barat. Penganalisis menjangka Brent kekal melebihi AS$100 setong, namun aliran dana asing memberi sokongan. FBM KLCI diramal kekal di atas 1,700.
Transcript
00:00Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan konflik Asia Barat yang masih belum mereda terus mempengaruhi hal tujuh
00:08pasaran global.
00:09Menurut pengarah dan penganalisi strategi pelaburan dan ekonomi IPPFA, Senyam Berhad, Mohd Siddiq Jantan, walaupun isyarat keredaan konflik berlaku sekali
00:18-sekala dan mungkin memberikan sedikit kelegaan,
00:21ketidakan penyelesaian diplomatik yang kukuh akan menyebabkan pelabur terus memfokuskan kepada pengembangan geopolitik.
00:30Beliau berkata harga minyak akan terus menjadi medium utama terhadap pasaran ekuiti dengan minyak mentah brand dijangka kekal melebihi $100
00:37setong.
00:38Ini sekaligus mengekalkan persekitaran perdagangan yang berhati-hati dan reaktif selain mempengaruhi jangkaan inflasi, kedudukan mudah tunai dan pendapatan sektor.
00:47Beliau bagaimanapun berkata aliran pelabur asing memberikan imbangan yang positif.
00:51Menurutnya, sehingga Khamis, pelabur telah menjadi pembeli bersih susulan pembukaan semula pasaran selepas cuti hari raya yang mengukulkan kedudukan Malaysia
00:59sebagai lokasi selamat di pasaran pusat membangun dalam persekitaran global yang tidak menentu.
01:03Pihaknya menjangka momentum ini akan berterusan sehingga minggu depan.
01:07Sektor yang defensif mungkin terus mendapat perhatian disokong oleh daya tahan pendapatan dan perdedahan kepada permintaan dalam negara.
01:13Jelasnya, berikutan situasi ini, FBM-KLCI dijangka kekal melebihi paras psikologi 1,700 dengan penyertaan asing yang berterusan dan aliran
01:23institusi membantu mengurangkan risiko penyusutan.
01:26Bagi minggu baru berakhir, bursa Malaysia diniagakan kebanyakannya tinggi berikutan prestasi pasaran serantau dalam persekitaran konflik Asia Barat yang berlarutan.
01:34Pada asas Khamis kepada Jumaat, FBM-KLCI susut 8.06 mata kepada 1,712.65 daripada 1,720.71 pada
01:44minggu sebelumnya.
01:45Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 12.24 bilion unit bernilai 13.69 bilion ringgit berbanding 11.88 bilion unit bernilai
01:5414.56 bilion ringgit pada minggu sebelumnya.
01:57Jumlah dagangan pasaran utama menokok kepada 7.64 bilion unit bernilai 12.81 bilion ringgit berbanding 7.41 bilion unit
02:06bernilai 13.74 bilion ringgit sebelumnya.
Comments

Recommended