Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) menzahirkan kebimbangan penganjuran acara 'Tidur Lambak' berpotensi berlaku 'ikhtilat' iaitu percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram secara terbuka yang boleh membawa kepada perkara bercanggah dengan hukum syarak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Mufti Negeri Perak JMNPK menzahirkan kebimbangan penganjuran acara tidur lambak berpotensi berlaku ikhtilat iaitu pencubaran antara laki dan perempuan
00:10bukan maharam secara terbuka yang boleh membawa kepada perkara bercanggah dengan hukum syarak.
00:15Acara tidur lambak yang dianjurkan oleh Tapir Studio selama dua hari bermula 27 Mac berkonsepkan tidur beramai-ramai secara santai
00:23diinspirasikan daripada pengalaman budaya masyarakat Malaysia seperti suasana pulang ke kampung.
00:30Dalam satu kenyataan, JMNPK memaklumkan pihaknya tidak menolak secara keseluruhan penganjuran aktiviti berkenaan nama menegaskan ia perlu diterliti secara saksama
00:40dengan mengambil kira aspek syarak dan nilai budaya tempatan.
00:43Beliau berkata penelitian itu penting bagi memastikan acara berkenaan tidak mengundang fitnah terhadap Islam selain memelihara kehalusan akhlak dan budaya
00:51masyarakat Melayu.
00:52Antara risiko yang mungkin timbul termasuk kesukaran menjaga pandangan, tersingkapnya aurat serta sentuhan antara bukan mahram yang wajib dielakkan.
01:01Sebuangan itu, JMNPK menasihatkan pihak penganjur supaya mempahalusi semula pelaksanaan program dan merujuk kepada pihak berkuasa agama sebelum ia dijalankan.
01:10Menurut jabatan itu, rujukan kepada Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri penting bagi memastikan objektif penganjuran tercapai selaras
01:17dengan garis panduan syarak serta nilai kemanusiaan.
01:20Penganjuran program itu bertujuan menghidupkan semula nostalgia budaya lama dengan sentuhan modern disamping menggalakkan interaksi sosial dalam suasana santai dan
01:28artistik.
01:30JMNPK menegaskan aktiviti rekreasi dan nostalgia tidak dilarang dalam Islam namun perlu dilaksanakan mengikut panduan syarak demi menjaga maruah dan
01:38kesejahteraan masyarakat.
Comments

Recommended