Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Dua wakil MPP Wangsa Maju diarahkan melepaskan jawatan serta‑merta susulan video tular dakwaan meminta wang perlindungan. Pengerusi MPN PKR Wilayah Persekutuan Datuk Azman Abidin menegaskan parti tidak akan berkompromi dengan pemerasan dan salah guna kuasa. Siasatan dalaman PKR dan siasatan polis sedang dijalankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua wakil majlis perwakilan penduduk wangsa maju diarah melepaskan jawatan serta-merta sesulan video tular dawaan meminta wang perlindungan daripada
00:09sebuah premis perniagaan.
00:11Pengelusi Majlis Pimpinan Negeri, NPN Parti Keadilan Rakyat PKR, Wilayah Persekutuan, Dato' Azman Abidin berkata,
00:18keputusan terhadap R. Vijedran dan J. Pati Dasen itu diputuskan dalam misyarat Biro Politik PKR Wilayah Persekutuan semalam.
00:28Beliau berkata tindakan berkenaan diambil bagi memberi ruang penuh kepada siasatan polis dan siasatan dalaman parti tanpa sebarang gangguan.
00:36Menurutnya, parti tidak akan bertolak ansur dan tidak akan melindungi mana-mana ahli atau wakil yang terlibat dalam amalan pemerasan,
00:44wang perlindungan atau salah guna kuasa dan keadilan mesti bermula dari dalam parti sendiri.
00:49Menurut Azman, Biro Politik PKR turut mengarahkan jawatan kuasa disiplin PKR Wilayah Persekutuan menjalankan siasatan dalaman menyeluruh dan mengemukakan laporan
00:58dalam masa terdekat.
01:00Beliau menegaskan bahawa kedudukan wakil penduduk merupakan amanah rakyat yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti.
01:06Dalam perkembangan sama, Biro Politik PKR mencarangkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di BKL terus memantau aktiviti pusat urut di
01:14Wangsa Maju dengan lebih teliti bagi mastikan tiada pelanggaran peraturan, undang-undang atau syarat lesen premis berlaku.
01:21Sebelum ini, tular di media sosial satu video memaparkan dua individu didakwa meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan yang
01:28dipercayai beroperasi di Ibu Negara.
Comments

Recommended