Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Sebuah gerai jualan mercun musnah dalam kebakaran di Kedai Kubang Jambu, Lenggong. Api dipercayai bermula di kawasan simpanan bunga api dan merebak pantas, memusnahkan empat khemah jualan. Kes disiasat di bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan. Tiada kecederaan dilaporkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah gerai jualan mercun musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di kawasan kedai Kubang Jambu berhampiran Jalan Besar Lenggung petang semalam.
00:09Ketua Polis Daerah Geri, Superintenden Abdul Samad Osman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.46 petang,
00:16dengan kebakaran dipercayai bermula jam 2.30 petang.
00:20Menurut siasatan awal, pemilik gerai berusia 34 tahun menyedari terdapat asap di bahagian simpanan bunga api ketika berada di luar
00:27kemah jualannya.
00:28Pemilik cuba memadamkan kebakaran, namun api merebak dengan pantas.
00:32Gerai berkenaan yang menggunakan 4 buah kemah bersaiz 20x20 kaki persegi dilaporkan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.
00:41Dan difahamkan, gerai tersebut belum beroperasi ketika kejadian dan kebezaannya hanya dibuka pada waktu malam.
00:47Dan kesi kini disiasat di buat Seksyen 285 Kanun Kesejaan kerana kecuaian berkaitan api dan bahan mudah terbakar.
00:54Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak berkuasa.
00:59Terima kasih telah menonton!
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended