Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Tiga warga Thailand ditahan Pasukan Gerakan Am kerana disyaki menyeludup petrol dan diesel melalui tangki kenderaan yang diubah suai di Padang Besar, Perlis. Sebanyak 410 liter bahan api dirampas dengan nilai keseluruhan termasuk kenderaan mencecah RM217,015.70. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan Gerakan Arm PGA menahan tiga lelaki warga Thailand yang disyaki menyeludup petrol dan diesel ke negara itu melalui tangki
00:07kenderaan yang dibuas suai di Padang Besar Perlis.
00:10Komanda Bridget Utara PGA Senyiasisten Komisioner Balvir Singh Mahindar Singh berkata,
00:15pemeriksaan mendapati terdapat 410 liter petrol dan diesel disimpan dalam tangki khas yang diubah suai.
00:24Suspek yang berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan hasil pemeriksaan terhadap tiga buah kenderaan pacuan empat roda jenis pick
00:32-up yang mencurigakan menerusi Ops Taring Bravo 1.
00:36Menurut Balvir Singh, polis merampas sebanyak 410 liter petrol dan diesel bernilai kira-kira RM2,015.70.
00:44Manakala kesemua kenderaan dan bahan api yang dirampas dianggarkan bernilai RM217,015.70.
00:51Beliau berkata ketiga-tiga suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan penyeludupan merentasi sempadan.
00:57Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 8-4-A Akta 122.
01:07Dalam masa sama, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Perlis turut mengeluarkan saman terhadap setiap pemandu warga asing terbabit
01:14kerana melakukan ubah suai struktur kenderaan tanpa kelulusan.
01:17Operasi tersebut dilaksanakan oleh PGA Bridget Utara menerusi cawangan risik
01:21dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarihidup KPDN Perlis dan JSPT Perlis.
Comments

Recommended