00:00Kerajaan sedang mempertimbangkan langkah tambahan termasuk menetapkan peraturan kerja yang lebih anjal seperti pelaksanaan bekerja dari rumah secara berperingkat bagi
00:10penjawat awam.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan itu bertujuan memastikan kelangsungan perkhidmatan awam di samping menyesuaikan kaedah kerja dengan
00:20keperluan semasa.
00:24Selain sektor awam, beliau turut menyarankan sektor swasta supaya melaksanakan kaedah sama seperti yang telah diamalkan oleh beberapa syarikat dan
00:32institusi perbankan.
00:34Langkah-langkah lain sedang difikirkan termasuk keputusan menetapkan peraturan kerja lebih anjal seperti bekerja dari rumah.
00:47Pejabat awam akan boleh secara berperingkat dan terpilih bekerja dari rumah dan saya percaya insyaAllah selain daripada sektor awam, kita
01:05juga menggesa sektor swasta untuk melaksanakan seperti mana yang dilaksanakan oleh beberapa syarikat dan bank selama ini.
01:14Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas berhubung langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan menepani krisis tenaga global susulan konflik
01:24di Asia Barat pada Khamis.
01:27Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan komited untuk menjaga disiplin fiskal termasuk mengelakkan ketirisan dan pembaziran selain memastikan momentum pertumbuhan ekonomi
01:37negara kekal positif meskipun suasana global tidak menentu.
01:41Perdana Menteri turut menyeru seluruh rakyat sama ada dalam sektor awam mahupun swasta supaya terus bekerja keras demi memperkukuh ekonomi
01:50negara di tengah cabaran global.
01:53Beliau menambah bahawa negara perlu kekal aman dan rakyat perlu bekerja gigih kerana setiap ujian serta cabaran tetap membuka ruang
02:01untuk memperbaiki dan meningkatkan keupayaan negara.
Comments