00:00Kekurangan bahan api di seluruh Australia semakin meruncing dengan lebih 500 stesen minyak dilaporkan kehabisan sekurang-kurangnya satu jenis bahan
00:10api, manakala puluhan lagi kehabisan sepenuhnya.
00:13Menurut ABC News, Menteri Tenaga Chris Bowen berkata, 520 stesen minyak di seluruh negara mengalami kekurangan sekurang-kurangnya satu jenis
00:24bahan api.
00:27Di New South Wales, pihak berkuasa memaklumkan daripada kira-kira 2,400 stesen minyak sebanyak 32 kehabisan semua jenis bahan
00:35api, 313 kekurangan sekurang-kurangnya satu jenis yang biasanya dibekalkan dan 187 tidak mempunyai diesel.
00:44Pegawai berkata semua stesen minyak yang kehabisan sepenuhnya bahan api terletak di kawasan luar bandar sekaligus memberikan tekanan terhadap komuniti
00:52di kawasan itu.
00:53Pihak berkuasa menjelaskan, masalah ini berpunca daripada isu pengedaran, bukannya kekurangan bekalan keseluruhan.
01:00Kerajaan Persekutuan mengambil langkah mengurangkan tekanan, termasuk menurunkan sementara piawayan bahan api diesel selama enam bulan bagi meningkatkan bekalan.
01:10Bowen turut berkata, sebahagian daripada rezab bahan api negara dilepaskan bagi menstabilkan keadaan.
01:16Kekurangan ini berlaku ketika Australia yang bergantung kepada import bahan api berdepan kerentanan lebih tinggi terhadap gangguan bekalan serta peningkatan
01:26permintaan berkait konflik berterusan di Asia Barat.
Comments