00:00Dalam pertemuan itu, Armizan juga memberi jaminan kerajaan persekutuan menerusi KPDN sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan bekalan bahan api
00:09di Sabah kekal cukup dan stabil.
00:12Armizan berkata pemantauan rapi serta penyelarasan berterusan bersama agensi berkaitan akan terus diperkukuh untuk mengelakkan sebarang gangguan bekalan, khususnya di
00:22kawasan luar bandar dan sektor-sektor kritikal.
00:25Pertemuan dua pemimpin itu turut memberi tumpuan kepada isu bekalan bahan api di Sabah, khususnya petrol dan diesel.
00:31Susulan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kehabisan stok yang boleh menjejaskan pengguna serta kelangsungan sektor ekonomi negeri.
00:41Dan sementara itu, Haji Ji menegaskan kepentingan bekalan bahan api yang konsisten bagi menyokong aktiviti ekonomi negeri termasuk sektor logistik,
00:49perikanan dan pertanian yang banyak bergantung kepada penggunaan diesel.
00:56Terima kasih telah menonton!
Comments