Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Ekkanit Nitithanprapas berkata kerajaan terpaksa membenarkan harga diesel bergerak mengikut mekanisme pasaran, sambil memberi amaran bahawa pengekalan had siling harga boleh mengakibatkan aktiviti menyorok bekalan dan kekurangan bahan api.
Transcript
00:00Kerajaan Thailand tidak lagi mampu mengekalkan kawalan harga diesel di tengah-tengah krisis tenaga global yang berlarutan.
00:07Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Akkanit Nititan Prapas.
00:14Akkanit yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan terpaksa membenarkan harga diesel bergerak mengikut mekanisme pasaran.
00:21Beliau juga memberi amaran pengekalan hard sealing harga boleh mengakibatkan aktiviti menyorok bekalan dan kekurangan bahan api.
00:28Jelasnya kerajaan sebaliknya akan memberikan tumpuan kepada langkah bantuan bersasar.
00:34Tambah Akkanit, walaupun kerajaan tidak boleh melawan kuasa pasaran, pihaknya akan menggunakan dana bahan api minyak bagi mengelakkan harga meningkat
00:44terlalu mendadak.
00:46Katanya lagi kerajaan harus bertindak pantas terhadap perubahan keadaan sambil menyatakan negara pengeluar minyak juga telah menyelaraskan dasar mereka.
00:54Mengulas sama ada harga diesel boleh melebihi 33 baht selita, beliau berkata perkara itu tidak dapat dielakkan memandangkan keadaan pasaran
01:05global semasa.
01:06Harga bahan api domestik meningkat berkuatkuasa pukul 5 pagi pada 24 Mac dengan harga petrol naik sebanyak 2 baht selita
01:14bersamaan 0.24 sen dan diesel sebanyak 1.80 baht selita bersamaan 0.22 sen.
01:24Terima kasih kerana menonton!

Recommended