00:00Malaysia dan Jepun menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala di bawah kerjasama strategik komprehensif CSP bagi memastikan keamanan,
00:10kestabilan serta kemakmuran di peringkat serantau dan global.
00:14Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan menerusi perbualan telefon bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Sanaita Kaichi,
00:22yang turut menyentuh pelbagai kemajuan kerjasama dalam bidang keutamaan kedua-dua negara.
00:29Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar berkata kedua-dua pemimpin menghargai serta menilai tinggi perkembangan hubungan erat yang telah terjalin
00:37sejak 1957 yang kini diperkukuh melalui CSP.
00:42Jelas beliau mereka menyentuh kemajuan kerjasama dalam bidang keutamaan termasuk keamanan dan keselamatan, ekonomi serta sains, teknologi dan inovasi.
00:51Selain isu dua hala, Anwar berkata beliau turut berkongsi pendirian Malaysia berhubung situasi di Asia Barat.
00:58Pendirian itu menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera, perlindungan orang awam serta penjelesaian konflik melalui dialog dan diplomasi selaras
01:08dengan undang-undang antarabangsa.
01:10Kata Anwar lagi, mereka juga bersetuju untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala serta memainkan peranan konstruktif dalam memastikan keamanan, kestabilan
01:21dan kemakmuran serantau dan global.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments