Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan berkata susulan itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan ketua-ketua agensi keselamatan sedang berhubung rapat dengan rakan sejawat mereka.
Transcript
00:00Malaysia akan memainkan peranan proaktif untuk menyumbang kepada penyelesaian konflik yang berlaku di Asia Barat.
00:07Majlis Keselamatan Negara dalam satu kenyataan berkata perkara itu dibincangkan dalam sidang MKN khas yang menumpukan perhatian kepada konflik itu
00:15di pengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.
00:22Susulan itu, Perdana Menteri, Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan dan Ketua-Ketua Agensi Keselamatan sedang berhubung rapat dengan rakan
00:29sejawat mereka.
00:30Sebagai contoh, MKN berkata Anwar telah mengadakan perbualan telefon dengan pemimpin-pemimpin New Zealand, Jepun, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu.
00:40Jelas MKN lagi, kecuali Israel, Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan kesemua pemain utama dalam isu berkenaan selain berpendirian konsisten,
00:50berkecuali dan sikap berterus terang juga membuat Malaysia dihormati.
00:55Tambah MKN, Malaysia menyambut baik perkembangan mutakhir yang menyaksikan kesemua pihak terbabit untuk menghentikan serangan selama lima hari dan ruang
01:03itu harus digunakan untuk mengadakan rundingan secara serius dan ikhlas.
01:07Jelas kenyataan itu, mesyuarat turut mengambil maklum perkembangan terbaru ini telah menyebabkan penyusutan harga minyak antarabangsa.
01:15Bagaimanapun, Malaysia harus terus bersiap sedia untuk menghadapi situasi konflik yang berpanjangan yang akan membawa implikasi ekonomi bukan hanya kepada
01:23Malaysia tetapi dunia secara keseluruhannya.
01:26Sidang MKN khas itu antara lain memincangkan isu-isu yang terkait termasuklah isu keselamatan seperti aktiviti agensi perisikan di Malaysia,
01:35pencegahan aktiviti penyeludupan bahan api dan juga keadaan pasukan pengaman Malaysia Malbat yang kini bertugas di Lubnan.
01:43Ia kemudian akan disusuli mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10 khas pada Rabu yang juga akan dipengerusikan Perdana Menteri.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended