00:00Sementara itu, Malaysia akan terus menyokong dan memperkukuh usaha diplomasi Indonesia dalam meredakan konflik Iran-Israel bagi memastikan ketegangan dapat
00:09diredakan dan nyawa orang awam dilindungi.
00:12Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, usaha Jakarta itu juga diharap dapat membuka ruang rundingan yang bermakna ke arah
00:19penyelesaian yang aman dan berkekalan di Asia Barat.
00:22Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata perkara itu merupakan antara yang dibincangkan sewaktu perbualan telefon beliau bersama Presiden
00:31Indonesia Prabowo Subianto Pari Isnin.
00:34Kata Anwar, beliau dan Prabowo bersama-sama menggesa kepada keamanan dan memberitahu Prabowo bahawa Malaysia menyokong segala usaha yang menjurus
00:42ke arah perdamaian dan penyelesaian konflik tersebut.
00:46Selain isu serantau dan antarabangsa, Anwar berkata beliau dan Prabowo turut bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi memperkukuh
00:55hubungan dua hala yang sedia erat antara kedua-dua negara.
01:02Terima kasih kerana menonton!