00:00Baik bertemu kembali Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. pada selasa mengisytiharkan darurat tenaga susulan konflik di rantau Asia Barat
00:09yang semakin memuncak menerusi arahan eksekutif 110 yang ditandatanganinya.
00:15Beliau berkata Filipina bergantung sepenuhnya kepada bekalan bahan api import dan terdedah kepada gangguan dalam pengeluaran serta pengangkutan minyak global.
00:26Tegasnya situasi itu menjejaskan rantaian penghantaran produk petrolium sekaligus mengganggu keperluan tenaga domestik negara.
00:34Tambahnya Kementerian Tenaga berpandangan langkah tersebut perlu diambil kerana paras bekalan tenaga kini menghampiri tahap kritikal.
00:42Arahan itu turut menetapkan pembentukan satu jawatan kuasa bagi mengelola pakej bersepadu untuk seara hidup, industri, makanan dan pengangkutan uplift.
00:53Uplif bertujuan memastikan bekalan tenaga domestik stabil, penyampaian perkhidmatan penting berterusan tanpa gangguan serta kelangsungan aktiviti ekonomi.
01:04Inisiatif ini melibatkan tujuh setiusaha kabinet dengan marcos bertindak sebagai pengerusinya.
01:10Sebelum ini media melaporkan lebih 400 tesen minyak di seluruh Filipina terpaksa menghentikan operasi akibat kenaikan harga bahan api.
Comments