00:00British Airways akan melancarkan penerbangan harian dari London ke Melbourne melalui Kuala Lumpur bermula 9 Januari 2027.
00:10Menurut Malaysia Airports Holding Berhad, langkah ini dijangka mengukuhkan peranan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA
00:18sebagai hub transit strategik antara Eropah, Asia Tenggara dan Australia.
00:26Pengarah urusan Malaysia Airports Dato' Muhammad Izzani Ghani pada Rabu berkata,
00:30menerusi laluan ini penumpang akan menikmati sambungan yang lancar melalui Kuala Lumpur
00:34sekaligus meningkatkan daya saing KLIA sebagai hub transit serantau.
00:40Pengumuman ini juga menunjukkan ketahanan KLIA dan potensi pertubuhan berterusan
00:45walaupun menghadapi ketidakpastian global dalam sektor penerbangan, ujarnya.
00:50Muhammad Izzani turut berkata, perkhidmatan ini turut menawarkan kapasiti kargo tambahan
00:55menyokong aliran perdagangan antara United Kingdom, Malaysia dan Australia.
01:00Ketua Pegawai Strategi British Airways, Neil Shanov berkata,
01:04laluan baru ini akan memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Australia.
01:09Shanov turut optimis perkhidmatan itu akan mendapat sambutan hangat daripada pelancong
01:14serta penumpang tujuan perniagaan.
Comments