Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Persinggahan dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang disahkan sebagai kunjungan logistik sementara, selaras dengan prosedur diplomasi pertahanan yang diamalkan Malaysia dalam hubungan pelayaran antarabangsa.
Transcript
00:00Kehadiran dua kapal tentera laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang disahkan singgah sementara bagi tujuan logistik.
00:07Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin menegaskan perkara itu adalah amalan biasa dalam hubungan pertahanan dan pelayaran antarabangsa.
00:21Menerusi kenyataan, jelasnya kehadiran USS Santa Barbara LCS 32 dan USS Tulsa LCS 16 di North Butterworth Container Terminal Pulau
00:31Pinang dari 14 hingga 16 Mac lalu adalah untuk urusan logistik.
00:36Menurutnya persinggahan atau port of call itu melibatkan aktiviti ulang bekal, penyelenggaraan ringan serta rehat anak kapal sebelum meneruskan pelayaran.
00:45Beliau menegaskan kehadiran kapal tentera laut asing di pelabuhan Malaysia bukan perkara baru dan telah lama menjadi amalan dalam hubungan
00:53pertahanan serta pelayaran antarabangsa.
00:55Katanya Malaysia mempunyai prosedur jelas berkaitan kehadiran kapal tentera laut asing dan setiap permohonan berlabuh perlu melalui saluran rasmi setelah
01:04mendapat kelulusan kerajaan.
01:06Persinggahan seumpama itu turut berlaku secara berkala melibatkan kapal tentera laut dari pelbagai negara yang melalui Islam Melaka atau Laut
01:14Cina Selatan.
01:15Sepanjang tahun 2025, Malaysia menerima 75 kunjungan kapal tentera laut asing dari 14 negara termasuk Australia, China, India, Jepun, Perancis,
01:26Singapura dan Amerika Syarikat.

Recommended