00:00Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin menegaskan beliau kekal setia dengan parti itu
00:05walaupun menerima pelbagai tawaran daripada parti politik lain selepas dipecat.
00:11Menurutnya sejak meninggalkan UMNO, beliau tidak menyertai mana-mana parti lain
00:15walaupun menerima pelawaan daripada hampir semua parti utama di Malaysia.
00:20Ada tawaran sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung
00:24daripada hampir semua parti utama Malaysia.
00:27Dan saya kata tidak kepada mereka sebab saya kata pilihan pertama saya adalah untuk kembali kepada UMNO.
00:34Mengulas cadangan penubuhan gerakan baru Khairi berkata, beliau melihat isu tersebut dalam konteks lebih luas
00:41termasuk fenomena fragmentasi politik Melayu yang semakin ketara ketika ini.
00:46Katanya perpecahan kepada terlalu banyak parti politik Melayu telah memberi kesan terhadap kekuatan
00:52dan leverage politik Melayu sama ada dari sudut persepsi maupun realiti.
00:57Saya nampak bahawa sekarang ni fragmentasi ataupun pecahan politik Melayu kepada pelbagai parti adalah terlalu ketara.
01:05Bukan bermaksud bahawa saya nak melihat ada satu monolithik Melayu parti.
01:10Tidak, saya rasa itu pun tidak sihat.
01:11Tetapi bila perpecahan itu terlalu besar, terlalu banyak dan fragmentasi itu terlalu besar
01:17maka kita kena terima hakikat bahawa kedudukan, apa yang orang kata leverage politik Melayu itu semakin kurang.
01:26Dalam pada itu, beliau mengakui terdapat kelemahan dan kesilapan dalam UMNO khususnya pada Pilihan Raya Umum 2018
01:34namun masih yakin dengan asas perjuangan parti tersebut.
01:38Khairi mengibaratkan UMNO sebagai sebuah rumah yang mempunyai asas dan kerangka kukuh
01:44yang masih boleh diperbaiki dan diperkukuhkan.
01:47Beliau juga menegaskan masih percaya kepada kekuatan asas UMNO
01:51serta potensinya untuk kembali diperkasa.