Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini akan berkuat kuasa pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac ini.
Transcript
00:00Larangan pemanduan kenderaan, barangan dan logistik pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini
00:05akan berkuat kuasa pada 19 dan 20 Mac serta 28 dan 29 Mac ini.
00:12Kementerian Pengangkutan MOT memaklumkan larangan itu bagi memastikan kelancaran trafik,
00:17mengurangkan risiko kemalangan serta menjadikan perjalanan pulang ke kampung
00:21lebih selesa dan selamat selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
00:28Pelaksanaan larangan ini mengambil kira keseimbangan antara kelancaran trafik dengan keperluan operasi kritikal.
00:35Orang ramai digalakkan merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi peraturan demi keselamatan bersama.
00:42Selain itu, beberapa kategori kenderaan berat dimenarkan beroperasi dengan had masa tertentu pada tarikh berkenaan
00:49antaranya lori kontena dan kago iaitu dari 8 pagi hingga 8 malam.
00:54Manakala kenderaan pembinaan pula bermula pada 6 pagi hingga 6 petang dalam lingkungan 25 km.
01:03MOT memaklumkan pengecualian turut diberikan kepada perkhidmatan kritikal
01:07seperti operasi kecemasan, pengangkutan dari pelabuhan dan lapangan terbang
01:12serta bekalan keperluan asas.
01:14Terima kasih kerana menonton!
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended