Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Sektor hartanah Malaysia dijangka lembap jika harga minyak terus meningkat susulan peningkatan perbelanjaan pengangkutan sekali gus menyebabkan kos pembinaan turut naik.
Transcript
00:00Sektor hartanah Malaysia dijangka lembab jika harga minyak terus meningkat susulan peningkatan perbelanjaan pengangkutan sekaligus menyebabkan kos pembinaan turut naik.
00:09Menurut MBSB Investment Bank Berhad MBSBIB dalam nota penyelidikan pada Rabu, walaupun secara amnya syarikat hartanah di Malaysia tidak terdedah
00:20kepada ketegangan geopolitik dan konflik ketenteraan di Asia Barat, lonjakan harga minyak dijangka memberi kesan berantai kepada sektor itu.
00:33Tambah MBSBIB lagi, lonjakan harga minyak dijangka menaikkan kos sari hidup rakyat dan mengurangkan pendapatan boleh guna.
00:40Ini seterusnya akan menjejaskan kemampuan pembeli rumah dan mempengaruhi minat terhadap pembelian hartanah.
00:46Selain itu, MBSBIB menjangkakan peningkatan hartanah yang tidak terjual akan menjadi kebimbangan yang semakin meningkat dalam sektor ini.
00:53Manakala kenaikan harga minyak dijangka menjejaskan pertumbuhan permintaan terhadap hartanah.
01:00Bagaimanapun, bank pelaburan itu kekal positif terhadap sektor hartanah berikutan prospek jangka pendek untuk permintaan hartanah dijangka kekal baik.
01:08Sementara itu, bank pelaburan tersebut menjangkakan permohonan pinjaman rendah pada Februari 2026 disebabkan musim perayaan.
Comments

Recommended