00:00Industri chip global kini memasuki era baharu susulan lonjakan teknologi kecerdasan buatan AI yang meningkatkan permintaan terhadap kuasa pengkomputeran.
00:10Bekas ketua pegawai eksekutif Intel, Pat Gelsinga menyifatkan fasa itu sebagai detik yang mendebarkan dan turut menguji ketahanan industri.
00:56Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini,
01:00pada persidangan pembangunan yang dianjurkan oleh NVIDIA di San Jose, California.
01:05Menurutnya, perkembangan teknologi membuka ruang kepada inovasi dalam bidang optik, sistem penyejukan dan seni bina komputer berskala besar.
01:13Gelsinga turut menjangkakan teknologi seperti pengkomputeran kuantum dan sistem kriogenik akan membentuk landscape industri pada masa hadapan.
01:22Gelsinga menyifatkan perkembangan itu sebagai petanda bahawa industri teknologi kini berada di ambang perubahan besar dengan inovasi berlaku serentak dalam
01:31pelbagai bidang.
01:32Beliau menegaskan ekosistem teknologi global ketika ini memberi tumpuan kepada keupayaan NVIDIA memenuhi permintaan pasaran sebagai pemain utama infrastruktur AI.
01:42Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Jensen Huang berkata permintaan terhadap unit pemprosesan grafik atau GPU terus meningkat seiring pertumbuhan
01:52pesat aplikasi AI di seluruh dunia.
01:55Menurutnya, keperluan terhadap kuasa pengkomputeran kini berada pada tahap luar biasa sehingga bekalan GPU sukar dipenuhi walaupun pengeluaran ditingkatkan.
02:04Terima kasih telah menonton!
Comments