00:00Baik niaga awal ini dimulakan dengan laporan berikut.
00:03Jumlah pesawat, jumlah pelawat domestik Malaysia bagi suku keempat 2025 meningkat 10.8% ke 74 juta orang dengan perbelanjaan
00:1232.6 bilion ringgit.
00:15Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM, prestasi tersebut dipandu oleh aktiviti perjalanan rakyat terutama semasa cuti sekolah dan musim perayaan
00:25hujung tahun.
00:27Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Muhammad Uzir Mahidin menyatakan perbandingan suku ke suku menunjukkan peningkatan 2% manakala perbelanjaan pelancongan
00:37domestik meningkat 12.4% tahun ke tahun dan 9.1% berbanding suku sebelum.
00:44Pertubuhan perbelanjaan tersebut meliputi sektor penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan serta aktiviti runcit.
00:51Ketibaan penumpang domestik di lapangan terbang meningkat 17.9% tahun ke tahun, jualan runcit bahan api automotif naik 7
01:00.1% manakala subsektor penginapan menunjukkan hasil kukuh dengan peningkatan 14.7% tahun ke tahun.
01:08Bagi 2025, secara keseleruhan, jumlah pelawat domestik mencapai 290.1 juta orang meningkat 11.5% dari 260.1 juta
01:20pada 2024 dengan perbelanjaan tahunan sektor ini sebanyak RM121 bilion naik 13.3%.
01:28Pertumbuhan berterusan sektor pelancongan domestik dianggap sebagai pemacu utama ekonomi Malaysia, menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta memperkukuh daya
01:39tahan ekonomi negara.
Comments