00:00Raja Muda Perlis, Brigidia General, Tuanku Syed Faizuddin, Putera Jamululail menegaskan bahawa tiada ruang sama sekali.
00:07Harus diberikan kepada mana-mana pihak yang cuba menjadi pembelut negara.
00:11Baginda bertitah keamanan yang dinikmati hari ini sukar dipertahankan tanpa pengorbanan, komitmen dan dedikasi tinggi oleh seluruh anggota pasukan keselamatan.
00:23Dalam masa sama, Baginda turut mengingatkan bahawa setiap tindakan dan tugas anggota keselamatan sentiasa berada dalam perhatian Allah SWT,
00:31justru semangat juang serta tekat mempertahankan negara perlu sentiasa diperkukuhkan.
00:36Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan majlis penyampaian subangan kuih raya kepada pegawai dan anggota keselamatan
00:43yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri 2026 di Dewan Serba Guna Company C Batalion 2 Pasukan Gerakan Arm PGA PDRM
00:52pada Isnin.
00:52Dalam titahnya, Baginda memuji langkah bersepadu agensi keselamatan negeri yang menurutnya menjadikan perlis sebagai kawasan berisiko tinggi
00:59kepada pihak yang cuba menjalankan kegiatan haram rentas sempadan Malaysia-Thailand.
01:03Baginda menegaskan usaha itu menuntut integriti tinggi, iltizam berterusan serta kerjasama rapat antara semua agensi yang terlibat.
01:10Raja Ngudai turut dimaklumkan bahawa tahap kesiapsiagaan dan ketegasan penguatkuasaan undang-undang akan terus dipertingkat
01:17termasuk memperkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi memastikan kawalan sempadan lebih berkesan.
01:23Tuanku Syed Faizuddin turut menzahirkan rasa bangga terhadap masyarakat di kedua-dua belah sempadan yang lebih peka
01:28dan sanggup menyalurkan maklumat tepat kepada pihak berkuasa apabila mengesan sesuatu yang mencurigakan.
01:33Berkembangan ini, Tita Baginda mencerminkan kematangan masyarakat dengan mentaliti kelas pertama dalam membantu memelihara keselamatan negara.
Comments