00:00Sementara itu harga minyak dunia susut pada Isnin namun kekal pada paras tinggi melebihi $100 Amerika Setong ketika pasaran terus
00:08memantau perkembangan konflik Amerika Syarikat Israel terhadap Iran.
00:15Penanda aras global minyak mentah brand susut sekitar 2 hingga 3% untuk diniagakan sekitar $101 hingga $105 Amerika Setong
00:24manakala minyak mentah West Texas Intermediate WTI Amerika Syarikat berusut lebih ketara ke paras pertengahan $90 Amerika Setong selepas seketika
00:33melepasi paras $100 Amerika Syarikat pada awal dagangan.
00:37Walaupun mengalami pembetulan, harga minyak kekal meningkat kira-kira 40% sejak tercetusnya perang tersebut pada akhir Februari lalu sekaligus
00:45menyebabkan gangguan bekalan terbesar sejak awal dekad ini.
00:49Minyak brand minggu lalu ditutup melepasi paras $100 Amerika Syarikat buat kali pertama dalam hampir 4 tahun.
00:56Gangguan bekalan berpunca daripada sekatan berterusan di selat humus laluan tenaga paling kritikal di dunia yang lazimnya mengendalikan kira-kira
01:0320% daripada bekalan minyak global.
01:07Trafik kapal tangki dilaporkan merosot lebih 90% dengan hanya beberapa kapal tertentu dibenarkan melalui laluan sempit itu.
01:15Ketegangan meningkat lagi selepas Amerika Syarikat mengesahkan serangan berskala besar ke atas sasaran ketenteraan Iran di Pulau Khart, hub ekspor
01:23minyak utama negara itu.
01:24Washington menegaskan infrastruktur minyak tidak terjejas namun Trump memberi amaran bahawa kemudahan minyak mentah di Pulau Berkenaan boleh menjadi sasaran
01:33jika Iran terus menyerang kapal komersial.
01:35Pulau Khart mengendalikan kira-kira 90% ekspor minyak mentah Iran menjadikannya tumpuan utama pasaran tenaga global yang sudah pun
01:43berdepan ketidaktentuan tinggi.
01:46Penganalisis memberi amaran bahawa setiap hari gangguan berterusan di selat humus berpotensi menambah antara $3 hingga $5 AS setong kepada
01:55harga minyak sekaligus mengekalkan ketidaktentuan pasaran dalam tempoh terdekat.
Comments