Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyeru kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi minyak sementara kepada pengendali pengangkutan pelancongan susulan kenaikan harga bahan api, baru-baru ini.
Transcript
00:00Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia menyeru kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi minyak sementara kepada pengendali pengangkutan pelancongan susulan kenaikan harga
00:09bahan api baru-baru ini.
00:11Presiden Mata Nigel Wong dalam satu kenyataan berkata, kenaikan harga bahan api dijangka memberikan impak besar kepada sektor pelancongan.
00:20Ujiannya pengendali pengangkutan pelancongan di seluruh Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu kemasukan pelancongan tempatan dan luar negara.
00:28Kebanyakan daripada pengendali ini telahpun menandatangani kontrak dengan agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa beberapa bulan lebih awal untuk menyediakan perkhidmatan
00:37pengangkutan bagi pelancong.
00:39Malah katanya harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak adalah berdasarkan harga bahan api semasa kontrak ditandatangani.
00:46Sehubungan itu dengan kenaikan harga bahan api baru-baru ini, pengendali kini berdepan kos operasi yang jauh lebih tinggi.
00:53Wong berkata keadaan ini memerlukan campur tangan segera bagi memastikan pengendali pengangkutan pelancongan dapat terus beroperasi dan menyokong ekosistem pelancongan.
01:02Pengendali pengangkutan pelancongan turut memainkan peranan penting dalam rantaian nilai pelancongan Malaysia menyediakan perkhidmatan asas untuk memastikan pengalaman perjalanan yang
01:11lancar dan terjamin.
01:12Ramai pengendali komited dengan kadar kontrak tetap bersama agensi pelancongan berdasarkan harga bahan api sebelum ini.
01:19Tambah beliau kenaikan mendadak kos bahan api bermakna mereka terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan ini yang boleh menambah beban kewangan.
01:27Beliau berkata bantuan sementara dapat membantu mengurangkan kesan kenaikan kos sambil mengekalkan kemampanan rantaian penawaran pelancongan.
01:36Wong berkata adalah penting untuk mengekalkan perkhidmatan pengangkutan pelancongan supaya berterusan berfungsi dengan baik ketika Malaysia bersedia menyambut lebih ramai
01:44pelawat menjelang tahun melawat Malaysia 2026.
01:49Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended