Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Tinjauan Rehda menunjukkan konflik geopolitik global memberi kesan sederhana namun signifikan kepada sektor hartanah Malaysia pada 2026, termasuk tekanan bahan binaan, risiko kelewatan projek dan perubahan sentimen pasaran.
Transcript
00:00Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2006
00:07dan ini adalah menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan.
00:11Presidennya Dato' Insinyur Ho Hon Sang berkata, 42.6% responden menjangkakan kesan sederhana daripada impak tersebut
00:19manakala kira-kira 30% menjangka impak ketara walaupun kesan sepenuhnya masih belum terselah.
00:26Jadi untuk kita kupas selanjut, kita bersama Ahyad Isak, penganalisis hartanah.
00:30Assalamualaikum warahmatullahi Ahyad.
00:31Bagaimana Ahyad melihat risiko sebenar konflik geopolitik global terhadap sektor hartanah Malaysia?
00:36Kalau kita nak lihat 42.6% responden menjangkakan kesan sederhana manakala hampir 30% lagi jangka impak ketara
00:43walaupun kesannya masih belum terselah sepenuhnya. Tapi apa pendapat Ahyad sendiri?
00:48Jadi sebenarnya Malaysia ini dia tidaklah berada di dalam zon peperangan
00:53namun kesan perang itu pastinya terasa khususnya kepada sektor hartanah.
01:01Dan saya fikir dia ada dua kesan yang utama.
01:04Kesan secara fizikalnya kepada industri itu sendiri dan kesan kepada psikologi pemain-pemain yang berada di dalam sektor itu.
01:14Okey mari kita lihat.
01:15Kalau kita lihat dari segi pembangunan, kita nak membina rumah, perlukan bahan binaan.
01:23Dan apakah bahan-bahan binaan yang dilihat akan sangat terkesan dengan perang ini?
01:29Sudah pasti keluli yang sangat banyak digunakan untuk mendirikan bangunan.
01:34simen dan konkret.
01:36Dan tiga bahan ini bukanlah sangat gangguan rantaian bekalan ini berlaku kepada bahan-bahan ini
01:44kerana bahan-bahan ini tidak dapat sampai ke Malaysia tetapi kerana bahan-bahan ini menggunakan tenaga yang sangat banyak untuk
01:51dihasilkan.
01:52So tenaga akan meningkat.
01:54Maka bahan-bahan ini juga akan meningkat.
01:57Dan bayangkan kita nak membina bangunan.
02:00Kalau tengokkan kat situ pun banyak pakai besi, keluli, simen dan konkret.
02:04Sekiranya bahan-bahan ini meningkat harganya, tak mungkinlah harga rumah itu, nak membina rumah itu akan kekal rendah.
02:14Pastinya ada tekanan untuk kos untuk membina rumah itu akan meningkat tinggi.
02:20Dan kita tidak salah untuk kita bimbang apabila kos membina rumah itu meningkat, kita bimbang rumah juga akan terus meningkat.
02:31Dah lah harga rumah itu memang terus meningkat tanpa perang pun.
02:35Dan kita bimbang benda itu akan terus berlaku.
02:37Dan kalau kita lihat dalam membina bangunan ini, kos membangunkan atau construction kos itu adalah antara kos yang paling besar.
02:4750-60% daripada kos keseluruhannya.
02:51Dan sekiranya keluli, simen dan konkret ini yang boleh jadi antara 15-20-25% daripada semua keseluruhan harga kos
03:04untuk membina salah satu bangunan itu meningkat,
03:06sudah pastinya akan memberikan kesanlah kepada harga rumah yang dibina.
03:12Okey. Tapi apa yang ramai orang tak tahu ni, yang saya nak kongsikan, tak perlu tunggu perang untuk harga simen
03:21dan konkret ni naik.
03:22So, ramai yang tak tahu, awal tahun ini saya dapat berdialog dengan beberapa orang pemaju dan mereka katakan,
03:30ahiat simen dengan konkret ni memang dah naik harga pun.
03:33Ini sebelum perang.
03:36Kerana diperketatkan undang-undang di jalan raya, maka kos untuk menghantar bahan-bahan mentah ini meningkat,
03:45maka harga bahan-bahan binaan ini juga meningkat.
03:50Jadi, kita juga kena faham realiti dalam dunia hartanah ni,
03:54tidak perlu tunggu perang untuk bahan-bahan binaan ini untuk naik harga.
03:59Itu yang ayah nak sampaikan lah.
04:01Okey. Tapi bila saya mengkaji lagi,
04:06bilakah berlaku perang seumpama ini?
04:09Dan sudah pasti kita akan melihat perang Irak.
04:13Dan mungkin ada di antara kita yang ingat, ada di antara kita yang tak pernah tahu pun,
04:18perang Irak ni berlaku 2003.
04:21Jadi, saya pun nak tengok data-data ekonomi dan data-data industri hartanah,
04:25apa yang telah berlaku pada tahun 2003.
04:29Dan ada satu perkara yang sangat menarik yang saya melihat apa yang telah berlaku.
04:34Saya mengkaji dua ukuran ini, ekonomi dan pasaran hartanah itu sendiri.
04:39Dan pasaran hartanah itu saya mengukur dari segi volume atau bilangan transaksi
04:44dan dari segi nilai transaksi yang telah berlaku pada tahun-tahun ketika berlakunya perang Irak
04:49dan selepas berlaku perang Irak.
04:52Dan ini satu perkara yang menarik,
04:53ekonomi kita 2003 berkembang 5.8%
04:57dan 2004, mananya tahun susulan selepas perang Irak,
05:01ekonomi kita berkembang 6.8%.
05:03Yang menariknya, tahun 2005,
05:05dia menurun sedikit 5.3%.
05:07Bukanlah negatif tetapi peningkatan itu tidak setinggi tahun selepas perang Irak itu.
05:13Dan kalau kita lihat, pasaran hartanah
05:15dari segi bilangan transaksi yang telah bertukar tangan,
05:19atau volume of the transaction,
05:212003, 5.2% peningkatan daripada tahun 2002.
05:27Dan yang menariknya, 2004 berlaku satu lonjakan transaksi.
05:32Berlakunya 20.5% peningkatan selepas perang Irak itu berlaku.
05:40Yang menariknya, 2005, dia ada penurunan transaksi.
05:44So, saya tidak tahu, kita boleh mengkaji data ini dengan lebih lanjut
05:48dan kalau kita tengok pula dari segi nilai pasaran hartanah itu sendiri,
05:53pada tahun 2003 meningkat 12% daripada tahun 2002 dan 2004.
05:59Yang ini yang mengejutkan saya.
06:01Pada tahun 2004, satu tahun selepas perang Irak itu,
06:05peningkatan nilai pasaran hartanah sebanyak 38.1%.
06:10Itu satu jumlah yang sangat-sangat besar dan sekiranya berlakunya peningkatan 2 digit dalam pasaran hartanah.
06:19Untuk bilangan transaksi dan nilai transaksi,
06:22naik 2 digit bermaksud itu adalah satu peningkatan yang sangat luar biasa.
06:27Jadi, bukanlah nak kata kesan perang itu langsung tidak ada kesannya kepada pasaran hartanah di Malaysia.
06:36Tetapi apabila saya mengkaji sejarah pasaran hartanah,
06:40hampir selalu, hampir selalu,
06:44tak pernah pun menyebut tentang perang Irak 23 tahun yang dulu.
06:49Bermaksud apa, pasaran hartanah di Malaysia ini dia seolah-olah sangat mantap dan dia luar biasa.
06:57Dia terus je meningkat.
07:00Walaupun ada perang di Teluk pada ketika itu,
07:03tapi pasaran hartanah yang di Malaysia kekal stabil malah apa yang kita lihat terus meningkat pada tahun yang berikut.
07:10Adakah itu akan berlaku pada tahun depan?
07:12semasa perang Iran ini sudah pasti itu tidak bagus untuk kita menjangkakan sebegitu.
07:20Tapi kita sedang belajar sesuatu yang sangat-sangat penting dari sejarah yang berlaku.
07:24Tetapi bila saya kaji, ketika perang Irak berlaku,
07:28ada juga pasaran hartanah kita yang sedang hadapi cabaran-cabaran lah
07:33dari segi kenaikan harga dan kesan yang paling besar yang berlaku ialah juga
07:38kepada sentimen pembeli dan pemaju itu sendiri ketika berlakunya perang.
07:45Itu akan memberikan kesan psikologi yang tak ramai sebenarnya orang faham.
07:49Bila orang nak membeli hartanah ini, dia perlu ada perasaan happy,
07:54perasaan bahagia, perasaan suka.
07:57Tapi bila perang ini berlaku, perasaan itu mungkin kurang atau mungkin hilang
08:01dan itu akan menjejaskan sentimen pembeli.
08:04Ya, lagi pula bila Perdana Menteri umumkan cancel semua open house-open house,
08:09ini akan memberi kesan kepada sentimen pengguna lah.
08:11Tapi itu kita nak berbalik kepada jawapan akhir tadi.
08:15Akhir dia kata mungkin tak ada kesan secara langsung
08:17walaupun kebimbangan terhadap industri hartanah ini sentiasa ada.
08:21Tapi walaupun belum ada peningkatan kuasa besar yang berpunca langsung
08:24daripada konflik ini, tapi sebenarnya pemaju tak telah pun menerima notice
08:28kenaikan harga konkret sebanyak 20%.
08:30Jadi mungkin apa kesanlah jaga pendia ataupun jaga panjang terhadap
08:33kelestarian projek baru yang mungkin ataupun projek baru dan juga yang
08:38tengah berjalan sebab kita lihat tinjauan pun ada tunjukkan kemungkinan
08:41berlaku kelewatan projek pada tahap sederhana ataupun kecil.
08:44Sekiranya ketegangan geopolitik ini berterusan apa pandangan akhirat
08:47mungkin dalam seminit lebih.
08:50Okey, realitinya pasti akan ada kesan.
08:52Realitinya pasti akan ada kesan.
08:54Bayangkan projek yang sedang dibangunkan sekarang.
08:57harga barang meningkat dan ada risiko juga untuk penangguhan projek.
09:04Itu boleh berlaku dan kita sedang monitor dan kita sedang perhatikan
09:09apa yang sedang berlaku dalam pasar hartanah.
09:11Kita mendoakan itu tidak berlaku.
09:12Dan kita membayangkan projek-projek baru mungkin dia akan tilih,
09:15dia akan tangguh dan dia akan buat kiraan semula.
09:18Kiraan untung rugi dan kiraan kelestarian itu pasti akan berlaku.
09:23Dan pastinya benda ini akan menyebabkan pemain-pemain industri
09:27akan rasa berhati-hati.
09:29Akhir rasa dia tidaklah akan menyebabkan penangguhan besar-besaran
09:34atau pembatalan besar-besaran tetapi pemain-pemain industri
09:37perkataannya ialah lebih berhati-hati kerana sejujurnya
09:42peluang juga ada sangat banyak dalam industri hartanah kita hari ini.
09:47Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended