00:00Amerika Syarikat telah membelanjakan kira-kira 12 bilion dolar atau 47 bilion ringgit untuk serangan ketenteraannya terhadap Iran.
00:07Salah seorang penasihat ekonomi kanan White House, Kevin Hassett berkata, jumlah itu mencerminkan perbelanjaan yang telah dibuat oleh Amerika Syarikat
00:15setakat ini sejak melancarkan serangan bersama dengan Israel.
00:21Hassett berkata 12 bilion dolar itu adalah jumlah perbelanjaan yang telah diberitahu kepadanya setakat ini.
00:26Tambahnya jumlah itu tidak mewakili keseluruhan kos bagi operasi penuh yang dijangka berlangsung beberapa minggu.
00:32Kenyataan itu dibuat ketika Washington cuba memberi jaminan kepada rakyatnya bahawa konflik tersebut tidak akan memberi tekanan ketara terhadap ekonomi
00:39Amerika atau memerlukan peruntukan kecemasan daripada Kongres.
00:43Anggaran dari Pentagon sebelum ini menunjukkan bahawa kos perang melebihi 11.3 bilion dolar atau 44 bilion ringgit dalam 6
00:51hari pertama dipacu terutamanya oleh penggunaan senjata berpandu berketepatan tinggi
00:56dan serangan udara.
00:57Hassett berkata pentadbiran tidak menjangkakan akan meminta tambahan peruntukan dari wakil-wakil rakyat dengan hujah bahawa stok ketenteraan sedia ada
01:04sudah mencukupi untuk meneruskan serangan.
01:07Para pegawai pertahanan percaya serangan yang bermula pada 28 Februari boleh berlangsung selama 4 hingga 6 minggu.
01:12Hassett berkata kerajaan berusaha untuk melindungi para petani dan industri Amerika daripada gangguan bekalan kesan daripada perang berkenaan.
01:19Ia adalah dengan cara memperluaskan permit untuk bekalan tenaga dan baja dari Venezuela dan Maghribi serta mempunyai lebih banyak kapal
01:27asing membawa bahan api untuk pesawat dari Teluk Meksiko ke Pantai Barat Amerika.
Comments