Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pendakwah bebas, Zamri Vinoth didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam berhubung penganjuran perhimpunan di hadapan kompleks beli-belah di ibu negara, bulan lalu. Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.
Transcript
00:00Pendakwa bebas Zamri Vinoth didakwa di Mahkamah Magistrat Kuala Lumpur atas pertiduhan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam berhubung penganjuran
00:09perhimpunan di hadapan kompleks beli belah di Ibu Negara bulan lalu.
00:13Penyelara sehimpunan gerakan anti rumah anutan haram itu mengaku tidak bersalah selepas pertiduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Magistrat Faizah
00:22Nur Hassan.
00:22Terus bersama rakan setugas di Mahkamah Magistrat Kuala Lumpur Seth Akmal untuk laporan lanjut.
00:29Baik, terima kasih. Kalau mengikut pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah sebentar tadi, Zamri Vinoth didakwa mengikut Seksyen 515B Kandung
00:37Kesesaan Akta 574 di Mahkamah Magistrat Jenayah 9 Kuala Lumpur pada hari ini.
00:42Hantaran tersebut berpotensi menimbulkan kegentaran awam dan mendorong orang lain melakukan kesalahan terhadap ketenteraan awam.
00:49Magistrat Faizah Nur Hassan menetapkan ikat jamin sebanyak RM4,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 29 April
00:57depan.
00:58Terdahulu, Zamri Vinoth tiba di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi tadi berpakaian sut dalam keadaan
01:06bergari dan diiringi beberapa anggota polis.
01:09Dan juga kita melihat sendiri pihak media turut mengambil gambar beliau ketika beliau tiba di perkarangan kompleks mahkamah.
01:16Jadi, pada masa yang sama sebelum hakim memberikan pengurangan ikat jamin, timbalan pendawa raya Dato' Muhammad Nurin Ismail mencadangkan ikat
01:25jamin sebenarnya sebanyak RM10,000.
01:28Memandangkan lebih daripada laporan polis telah diterima berhubung hantaran yang dibuat naik oleh Zamri Vinoth itu.
01:33Namun, peguam beliau iaitu Muhammad Haris Muhammad Yusof memohon budi bicara mahkamah manangkan anak guamnya mempunyai lapang tanggungan.
01:41Di mana lima anaknya masih bersekolah dan isterinya menghidap penyakit simptom long covid yang memerlukan rawatan.
01:49Serta beliau juga turut menanggung kedua ibu bapanya.
01:52Pada masa sama, peguam Zamri Vinoth turut menafikan anak guamnya melarikan diri ke Thailand.
01:58Dan sebaliknya, beliau berada di sana pada 9 hingga 12 Mac lepas iaitu atas urusan kerja di Thailand.
02:08Dan sementara tadi, ada sidang media yang telah dilaksanakan oleh pihak peguam dan juga Zamri Vinoth sendiri.
02:16Dan di mana pada sidang media tersebut, mereka telah mempersoal sebuah imej yang pula di media sosial yang menunjukkan timbalan
02:24Menteri Undang-Undang M. Kulasi Garen
02:26mengiringi aktivis Arun Durasami ke mahkamah.
02:30Dan ini menimbulkan sedikit persoalan dalam kalangan mereka kerana mereka menyatakan bahawa
02:35kedua-duanya bermakna berkaitan dengan Arun dan juga Zamri telah didakwa atas perduduhan yang sama.
02:42Namun begitu, mereka melihat di mana Zamri tiba di mahkamah dalam keadaan bergari.
02:47Namun Arun sebaliknya hadir dalam keadaan tidak bergari malah digiringi oleh timbalan Menteri Undang-Undang.
02:53Namun, laporan media juga turut menyatakan di mana Kulasi Garen tidak menemani Arun sehingga ke kamar mahkamah
03:00dan dilihat meninggalkan kompleks mahkamah pada jam 8.50 pagi tadi.
03:03Baik, itu sahaja yang dapat saya sampaikan untuk laporan setakat ini di kompleks mahkamah Kuala Lumpur.
03:09Laporan seterusnya akan saya sampaikan di seluruh 501 dan astroauni.com.
03:13Kembali berdapatkan tugas saya berada di Pusat Penyaran Asia Bukit Jalil.
Comments

Recommended