00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan untuk semua pihak terus memberikan tumpuan serta memantau secara rapi pelaksanaan setiap
00:09projek pembangunan yang telah diluluskan di Kota Kinabalu.
00:13Menurutnya langkah itu penting kerana rakyat menaruh harapan besar terhadap projek-projek yang memberikan impak langsung kepada kehidupan mereka termasuk
00:23usaha naik taraf jalan serta kemudahan infrastruktur.
00:27Katanya tidak seharusnya wujud sebarang alasan yang menyebabkan projek tertangguh akibat ketidakcekapan atau kerenah birokrasi.
00:35Ini kerana setiap kelewatan akan memberi kesan kepada mutu kehidupan rakyat selain mengekang potensi kemajuan dan pembangunan negeri.
00:44Beliau berkata kerajaan kekal fokus dalam memastikan setiap projek yang dirancang dilaksanakan dengan cekap, telus dan menepati jadual agar manfaatnya
00:54dapat segera dirasai rakyat.
00:56Terdahulu Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Khas Pembangunan Kota Kinabalu di Menara Kinabalu bagi membincangkan agenda pembangunan strategik Ibu
01:07Negeri Sabah itu.
01:08Mesyuarat itu terut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Nur bersama beberapa anggota Kabinet Negeri serta pemimpin agensi berkaitan.
Comments