00:00Iran mempertimbangkan untuk membenarkan beberapa kapal tangki minyak melalui selat Hormuz dengan syarat transaksi dilakukan menggunakan mata wang Yuan China.
00:09CNN yang memetik seorang pegawai kanan Iran melaporkan kebenaran tersebut hanya akan diberikan jika urus niaga dilakukan menggunakan mata wang
00:18rasmi China.
00:20Menurut pegawai berkenaan, langkah tersebut merupakan sebahagian usaha Tehran mengawal selia pergerakan kapal tangki dilaluan strategi berkenaan ketika ketegangan dirantau
00:29terus meningkat.
00:30Tindakan itu dilihat sebagai bentuk tekanan ekonomi yang sering digambarkan sebagai nyah dolar iaitu usaha mengurangkan kebergantungan terhadap dolar Amerika.
00:38Dengan menuntut pembayaran dalam Yuan, Iran berusaha memintas sistem kewangan Amerika serta sekatan barat yang dikenakan terhadapnya.
00:46Langkah tersebut juga berpotensi memaksa pembeli antarabangsa membuat pilihan sama ada mematuhi peraturan kewangan Amerika atau berdepan risiko kehilangan akses
00:54kepada bekalan tenaga.
00:55Ia turut dilihat sebagai usaha strategik Tehran melibatkan China sebagai potensi penjamin keselamatan bagi laluan selat hormus.
01:03Terima kasih kerana menonton!
Comments