Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Umat Islam Palestin terpaksa menunaikan solat di jalan-jalan berhampiran kawasan Masjid Al-Aqsa selepas rejim Zionis Israel terus mengehadkan akses ke kompleks masjid itu ketika umat Islam memperingati malam Lailatulqadar dalam 10 malam terakhir Ramadan.
Transcript
00:00Umat Islam Palestine terpaksa menunaikan solat di jalan-jalan berhampiran kawasan Masjid Al-Aqsa selepas rejim Zionis Israel terus mengehadkan
00:09akses ke kompleks masjid itu ketika umat Islam memperingati Laila Tul Qadar dalam 10 malam terakhir Ramadan.
00:16Ratusan jemaah berkumpul dan bersolat di kawasan berhampiran pintu Damsyik serta sekitar kota lama Baitul Magdis selepas tidak dibenarkan memasuki
00:24kawasan masjid yang dianggap tempat suci ketiga umat Islam itu.
00:30Penduduk Baitul Magdis Bashar Husseini berkata sekatan berkenaan menafikan hak umat Islam untuk beribadah di tempat suci mereka.
00:38Menurutnya umat Islam akan terus menunaikan solat sehampir mungkin dengan Masjid Al-Aqsa sehingga mereka dibenarkan masuk ke kawasan itu.
00:46Beliau terus mempertikaikan alasan keselamatan yang digunakan pihak berkuasa Israel untuk menutup kawasan tersebut.
00:52Katanya kawasan kompleks Masjid Al-Aqsa sebenarnya luas dan mempunyai instruktur batu tebal yang berpotensi menjadi tempat perlindungan lebih selamat
01:00berbanding banyak lokasi lain.
01:02Sekatan tersebut dilaksanakan ketika Ramadan iaitu tempoh di mana puluhan ribu umat Islam Palestine biasanya menunaikan solat setiap malam serta
01:10pada hari Jumaat di Masjid Al-Aqsa.
01:12Sejak beberapa hari lalu kawasan kompleks itu hampir kosong berikutan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran selain larangan
01:20perhimpunan besar yang menghadkan pergerakan orang ramai.
01:23Konflik antara kedua-dua pihak tercetus pada 28 Februari lalu dengan serangan balas-membalas yang berterusan sehingga kini.
Comments

Recommended