Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menteri luar Kesatuan Eropah (EU) dijangka membincangkan usaha memperkukuh misi tentera laut blok itu di Asia Barat pada Isnin, namun tidak dijangka membuat keputusan untuk memperluas operasi ke Selat Hormuz yang kini terjejas teruk akibat konflik serantau.
Transcript
00:01Menteri Luar Kesatuan Eropah EU hari ini dijangka membincangkan usaha memperkukuh misi Tentral Laut Blok itu di Asia Barat.
00:09Antara lain, perbincangan itu dijangka menyentuh mengenai keputusan untuk memperluas operasi ke Selat Hormuz yang kini terjejas teruk akibat konflik
00:18serantau.
00:20Misi EU dikenali sebagai Operasi Espedes ditubuhkan pada 2024 bagi melindungi kapal perdagangan daripada serangan kumpulan Houthi dari Yaman di
00:29Laut Merah.
00:30Ketika ini, misi berkenaan mempunyai dua kapal di bawah arahan langsung iaitu sebuah kapal Itali dan sebuah kapal Gris selain
00:37boleh mendapatkan sokongan daripada sebuah kapal Perancis serta sebuah lagi kapal Itali.
00:41Beberapa pegawai Eropah sebelum ini mencadangkan supaya misi Espedes memainkan peranan dalam usaha memulihkan kebebasan pelayaran di Teluk.
00:49Namun sumber diplomatik berkata perbincangan di Brussels pada Isnin lebih tertumpu kepada cadangan ketua dasar luar EU, Kaja Halas, untuk
00:57menambah bilangan kapal dalam misi tersebut.
01:00Seorang pegawai kanan EU yang enggan dikenali berkata perbincangan itu bertujuan menggelakkan lebih banyak negara anggota menyubang aset ketenteraan bagi
01:08mengukuhkan operasi sedia ada.
01:10Pada Sabtu, Presiden AS Donald Trump menggesa negara seperti China, Perancis, Jepun, Korea Selatan dan Britain yang terkesan dengan gangguan
01:18bekalan minyak melalui selat hormus supaya menyertai usaha membuka semula laluan perkapalan itu.
Comments

Recommended