00:00Rakyat Malaysia diseru agar terus memelihara keharmonian serta semangat kebersamaan yang menjadi tunjang kekuatan negara,
00:07khususnya ketika dunia berdepan pelbagai cabaran yang berpotensi menggugat perpaduan masyarakat.
00:12Menteri Perpaduan Negara Dato' Aaron Agudagang berkata rakyat tidak seharusnya membiarkan isu sensitif berkaitan agama, kaum dan institusi diraja,
00:22termasuk sentimen, resizem, meretakkan hubungan yang telah sekian lama dibina.
00:27Beliau berkata jika wujud perbezaan pandangan, ruang dialog dan meja rundingan sentiasa tersedia kepada semua pihak,
00:34ia perlu dimanfaatkan dengan kerja kebijaksanaan serta kematangan, bukan dengan emosi.
00:40Tambahnya Malaysia berdiri teguh kerana kepelbagaian rakyatnya dan lebih kuat apabila bersama.
00:46Beliau menyeru untuk saling memahami, menghormati, menerima dan bersama untuk meraihkan perbezaan yang menjadikan negara ini unik dan istimewa.
00:55Selain itu, beliau juga menyeru untuk memilih jalan kebijaksanaan, menolak kebencian dan terus memelihara semangat kebersamaan.
01:04Jelasnya Malaysia adalah rumah bersama yang dibina, dijaga dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Comments