Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Tiga anggota delegasi pasukan bola sepak wanita Iran yang sebelum ini memohon suaka di Australia memutuskan pulang ke Iran dan tiba di Kuala Lumpur.
Transcript
00:00Tiga lagi anggota delegasi pasukan bola sepak wanita Iran yang sebelum ini memohon suaka di Australia dilaporkan telah memutuskan untuk
00:08kembali ke Iran.
00:10Menteri Hal Ehwal dalam negeri Australia Tony Burke pada Ahad berkata ketiga-tiga individu terbabit telah memaklumkan kepada pihak berkuasa
00:18bahawa mereka berhasrat meninggalkan Australia dan pulang ke negara asal.
00:24Berdasarkan hantaran agensi penyaran Iran ERIB News di platform X pagi tadi ketiga-tiga mereka dilaporkan telah tiba di KLIA
00:32Terminal 1.
00:33Hantaran tersebut turut memaparkan gambar kesemua pemain bergambar bersama di sebuah lokasi di Kuala Lumpur bersama Duta Besar Republik Islam
00:41Iran ke Malaysia, Valiullah Muhammad Nasrabadi.
00:44Pada Rabu lalu, media melaporkan kira-kira 20 pemain pasukan bola sepak wanita Iran tiba di Kuala Lumpur dari Sydney
00:51selepas menyertai kejauhanan Piala Asia Wanita AFC 2026 di Australia.
00:57Manakala beberapa anggota delegasi lain memohon suaka kerana bimbang akan berdepan tindakan sekiranya kembali ke negara asal mereka.
01:04Terdahulu, penyokong anti-Iran menimbulkan suasana panik apabila mendakwa tindakan para pemain enggan menyanyikan lagu kebangsaan Iran sebelum pelawanan pembukaan
01:13kejauhanan itu boleh menyebabkan mereka dilabel sebagai pengkhianat oleh pihak berkuasa negara tersebut.
01:20Namun difahamkan, para pemain kemudiannya menyanyikan dan memberi tabib hormat kepada lagu kebangsaan dalam dua baki pelawanan mereka sepanjang kejauhanan.
01:27Situasi itu mendorong kerajaan Australia menawarkan visa kemanusiaan kepada beberapa anggota delegasi.
01:34Namun sebahagian daripada mereka memilih untuk tidak meneruskan permohonan tersebut.
01:40Difahamkan kini, sebahagian pemain masih berada di Ibu Negara sementara menunggu penerbangan untuk meneruskan perjalanan pulang ke Teheran.
Comments

Recommended