00:00Suasana Ramadan di Negeri Sembilan disemarakkan dengan penganjuran program Katam Al-Quran secara hybrid peringkat negeri dan iftar sekampung yang
00:10julung kali diadakan.
00:11Ia menghimpunkan lebih 4,000 pelajar dan warga sekolah dari hampir 40 buah sekolah di seluruh negeri.
00:18Program Anjuran Sekolah Kebangsaan Durian Tipus itu menyaksikan para pelajar dari pelbagai daerah mengikuti majlis Katam Al-Quran secara serentak
00:27sama ada secara fizikal di lokasi program atau melalui platform dalam talian.
00:35Program Katam Al-Quran yang diketuai oleh Guru Kafah Sekolah Kebangsaan Durian Tipus, Said Kamal Arifin, Said Abdul Aziz itu
00:43sekaligus mencipta satu pengalaman kerohanian yang dikongsi bersama walaupun berada di lokasi berbeza.
00:50Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar berkata, penganjuran program berkenaan pada awalnya dicadangkan di peringkat daerah sebelum Jabatan Pendidikan Negeri
01:00melihat potensinya untuk diperluaskan sebagai program peringkat negeri.
01:06Menurutnya, pendekatan hybrid itu membolehkan lebih ramai pelajar mengambil bahagian tanpa melibatkan kos tinggi atau keperluan pergerakan pelajar dari daerah
01:15lain.
01:18Apabila pihak sekolah ingin menganjurkan untuk Katam Al-Quran untuk peringkat daerah, kami di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mencadangkan
01:29untuk memastikan program ini boleh diangkat sebagai program negeri tanpa melibatkan kos yang tinggi ataupun pergerakan pelajar-pelajar daripada luar
01:39daerah.
01:40Jadi apabila saya lontarkan perkara ini di pihak sekolah, disambut oleh PPD juga, maka saya rasa penyertaan seramai 4,016
01:50orang dalam cara Katam Al-Quran ini melibatkan warga Negeri Sembilan merupakan satu program yang akan pelajar-pelajar itu akan
01:58menerima sijil peringkat negeri.
02:01Ini merupakan satu perkara yang boleh dilaksanakan kalau kita bersama-sama menyokong program ini.
02:09Mengulas lanjut, ujarnya, walaupun majlis Katam Al-Quran sering dianjurkan di sekolah, pelaksanaan secara hybrid melibatkan pelbagai daerah melalui platform
02:19Google Meet merupakan antara yang pertama dilaksanakan di Negeri Sembilan.
02:24Kesemua pelajar yang menyertai program tersebut turut menerima sijil penyertaan peringkat negeri sekaligus menjadi pengiktirafan kepada penglibatan mereka dalam program
02:33berkenaan.
02:34Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan menggalakkan lebih banyak program secara hybrid dilaksanakan pada masa akan datang
02:43bagi membolehkan penyertaan lebih ramai pelajar dari seluruh negeri.
02:47Terima kasih kerana menonton!
Comments