00:00Presiden Cuba Miguel Díaz-Carnel tegaskan tiada pihak akan terlepas daripada tindakan undang-undang berhubung insiden keganasan dalam protes yang
00:10dijalankan di negara itu, susulan krisis tenaga yang dialami.
00:15Beliau dalam hantaran di akaun X miliknya turut menyatakan bahawa pentadbirannya memahami kesulitan yang dialami rakyat akibat gangguan bekalan elektrik
00:24sambil menyifatkan aduan yang disuarakan penduduk sebagai sesuatu yang wajar.
00:29Namun, menolak sekerasnya sebarang keganasan.
00:34Kenyataan itu menyusul selepas protes anti-kerajaan yang meletus di Bandar Moron di tengah Cuba pada awal Sabtu termasuk serangan
00:42terhadap sebuah pejabat parti komunis.
00:45Menurut Miguel, kejadian keganasan ini adalah satu insiden yang jarang-jarang berlaku di negara tersebut.
00:51Selain itu, video yang tular di media sosial menunjukkan kebakaran besar serta sekumpulan individu membaling batu ke arah bangunan dengan
01:00suara latar yang melaungkan kebebasan.
01:04Sejak minggu lalu, beberapa kumpulan kecil penduduk di Hawana turut membunyikan periuk dan kuali sebagai tanda protes terhadap gangguan elektrik
01:12yang berpanjangan.
01:13Menurut laporan agensi antarabangsa, krisis itu semakin meruncing selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghentikan penghantaran minyak Venezuela ke Cuba
01:24dan mengancam untuk mengenakan tarif ke atas mana-mana negara yang menjual minyak kepada Cuba.
01:31Jelas Miguel, perkara ini sekaligus menambah tekanan terhadap ekonomi yang sudahpun berdepan kekurangan makanan, bahan bakar, elektrik dan ubat-ubatan.
01:41Tegas beliau, walaupun Perlembagaan 2019 memberi rakyat hak untuk berhimpun undang-undang khusus bagi mentafsih hak tersebut masih tertangguh di
01:51peringkat legislatif
01:52menyebabkan peserta demonstrasi berada dalam keadaan tidak jelas dari segi perlindungan undang-undang.
Comments