Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Media Israel melaporkan bahawa Israel sedang membuat persiapan bagi menempatkan pasukan antarabangsa di Semenanjung Gaza bermula Mei ini, selaras dengan fasa baharu pelan yang dicadangkan Presiden AS, Donald Trump.
Transcript
00:00Israel sedang membuat persiapan untuk menempatkan satu pasukan antarabangsa di menanjung Gaza bermula Mei ini sebagai sebahagian fasa seterusnya plan
00:10yang dicadangkan Presiden AS Donald Trump.
00:13Laporan media Israel menyebut pasukan berkenaan dijangka terdiri daripada kira-kira 5,000 anggota tentera dari Indonesia selain puluhan anggota
00:23dari Kazakhstan, Maghribi, Albania dan Kosovo dengan operasi dijangka bermula 1 Mei ini.
00:31Di peringkat awal, pasukan berkenaan akan dikerahkan di sekitar sebuah bandar Palestine yang sedang dibangunkan dengan sokongan Emiriyah Arab Bersatu
00:40UAE di kawasan Rafah, Selatan Gaza sebelum diperluaskan ke bahagian lain wilayah tersebut.
00:47Media Israel turut melaporkan delegasi ketenteraan dari negara-negara terlibat dijangka tiba di Israel dalam tempoh dua minggu bagi menjalankan
00:56tinjauan awal di Gaza sebelum penempatan rasmi dilakukan.
01:01Pasukan itu seterusnya akan memperluas kawalan di kawasan berhampiran apa yang dirujuk media Israel sebagai garisan kuning sempadan sementara di
01:10dalam Gaza yang memisahkan zon dikuasai Israel dan kawasan yang dibenarkan untuk penduduk Palestine berada.
01:18Pada 9 Februari lalu, media Israel melaporkan bahawa persiapan telah bermula bagi ketibaan ribuan anggota tentera Indonesia sebagai sebahagian daripada
01:27pasukan penstabilan yang digariskan dalam pelan Trump untuk menamatkan Perang Gaza.
01:32Pada 19 Januari, White House mengumumkan struktur pentadbiran sementara Gaza yang merangkumi Lembaga Keamanan, BOP, Jawatan Kuasa Majlis Ezeketif Gaza,
01:44Jawatan Kuasa Pentadbiran Kebangsaan Gaza dan satu pasukan penstabilan antarabangsa.
01:50Antara lain, pasukan penstabilan tersebut bertanggungjawab menyelaras keselamatan di Gaza, melucutkan senjata kumpulan bersenjata serta memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan dan
02:02bahan pembinaan.
02:04Pada 6 Mac lalu, Indonesia mengumumkan akan menarik diri daripada BOP sekiranya badan itu gagal menyokong kemerdekaan Palestine.
02:13Pendirian itu disampaikan Presiden Prabowo Subianto dalam pertemuan bersama lebih 160 ulama' di Istana Presiden Jakarta.
02:23Dalam pada itu, pertubuhan bangsa-bangsa bersatu menganggarkan kos bagi pembinaan semula Gaza akan mencucah sekitar $70 bilion Amerika.
Comments

Recommended