00:00Permohonan untuk menggantung pelaksanaan perintah mahkamah berhubung tuntutan pemberian khas 40% hasil Sabah tidak menjejaskan hak negeri itu seperti
00:10yang termaktub di bawah perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
00:16Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sadmut, permohonan yang dikemukakan Kerajaan Persekutuan itu bertujuan bagi
00:26memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneruskan rundingan serta penelitian terperinci berkaitan kaedah pengiraan hasil bersih Persekutuan.
00:37Tambah beliau, sejak November 2025, Kerajaan Persekutuan telah berkongsi data hasil bersih yang diperoleh dari Sabah bagi tempoh 2007 hingga
00:472025 melalui siri mesyuarat jawatan kuasa rundingan di peringkat pegawai.
00:52Jelasnya, usaha sedang dijalankan ketika ini untuk melengkapkan data bagi tempoh lebih awal khususnya era The Lost Years yang sebahagian
01:01besar rekodnya disimpan secara manual dan memerlukan penelitian tambahan.
01:05Pada 17 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu memerintahkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah mengadakan semakan bersama
01:15dalam tempoh 90 hari dan mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari mengenai hak pemberian khas 40% bagi tempoh 1974
01:26hingga 2021.
01:28Permohonan itu dijadual didengar di Mahkamah Rayuan pada 31 Mac ini.
Comments