Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Malaysia sedang mempergiatkan penggunaan teknologi mobiliti pintar dan pengurusan infrastruktur digital bagi memperkukuh rangkaian jalan raya negara serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Transcript
00:00Malaysia sedang mempergiatkan penggunaan teknologi mobiliti pintar dan pengurusan infrastruktur digital
00:05bagi memperkukur rangkaian jalan raya negara serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
00:11Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,
00:14negara kini beralih daripada pendekatan tradisional yang hanya menumpukan kepada pembinaan
00:20serta peluasan jalan raya kepada model pengurusan mobiliti lebih cekap, bersepadu dan dipacu data.
00:27Berucap pada Intertrafik Amsterdam, beliau berkata,
00:31pendekatan baru itu menggabungkan kepakaran kejuruteraan, teknologi digital serta penyintaan awam
00:37bagi memastikan pengurusan trafik dan infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lebih cekap.
00:43Nanta berkata, proses pembangunan pembandaran pesat serta pertumbuhan ekonomi di seluruh Asia Tenggara
00:49meningkatkan keperluan terhadap pengurusan infrastruktur yang lebih pintar.
00:53Di seluruh Asia Tenggara, pembangunan infrastruktur berkembang dengan sangat pesat.
00:58Cabaran sebenar bukanlah sama ada infrastruktur akan terus berkembang.
01:02Ia pasti akan berkembang, tetapi bagaimana mengurus infrastruktur tersebut secara lebih bijak.
01:07Nanta berkata, Malaysia kini menyelenggara hampir 296,000 km jalan raya antara rakaian jalan terbesar di Asia Tenggara
01:17disokong oleh sistem lebuh raya sepanjang lebih 5,000 km yang menghubungkan bandar utama, pelabuhan serta koridor ekonomi di seluruh
01:25negara.
01:25Beliau berkata pertumbuhan ekonomi terus mendorong peningkatan permintaan mobiliti apabila Malaysia mencatatkan 1.57 juta pendaftaran kenderaan baru pada 2024
01:37sahaja.
01:38Bersamaan kira-kira 4,300 kenderaan baru memasuki jalan raya setiap hari.
01:44Bagi menangani tekanan itu, katanya, KKR memperluaskan sistem penggunaan pengangkutan pintar ITS
01:51serta platform digital bersepadu untuk meningkatkan pemantauan trafik,
01:55mengoptimumkan aliran trafik dan memperkukuh kesamatan jalan raya.
01:59Nanta berkata penyertaan awam turut memainkan peranan penting dalam ekosistem mobiliti pintar negara
02:06melalui aplikasi mudah alimai jalan yang membolehkan orang ramai melaporkan kerosakan jalan
02:12dan isu keselamatan secara terus kepada pihak berkuasa.
Comments

Recommended