00:00Suami kepada seorang pelakon wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Seremban pada Rabu atas pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan
00:10urusan penjualan tanah kurniaan tidak wujud, membabitkan kerugian lebih RM200,000 tahun lalu.
00:18Tertuduh Muhammad Apri Hazrin Muhammad Sapri, 41 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Muhammad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan
00:28dibacakan.
00:29Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara dalam
00:43talian ke akaun minit seorang wanita berusia 35 tahun untuk mendapat tanah kurniaan negeri Selangor yang tidak wujud.
00:51Tertuduh telah mendorong mangsa menyerahkan wang tersebut yang mana mangsa tidak akan menyerahkannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
01:00Kesalahan terbabit dilakukan pada 2 April 2025 hingga 13 November 2025 di sebuah bank di daerah ini.
01:09Selain itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di hadapan Magistrat Nurul Sakinah Rosli atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 49
01:19tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran datuk yang tidak wujud.
01:32Kesalahan itu dilakukan antara 22 Januari 2025 hingga 9 November 2025 di sebuah pejabat di Serembandua.
01:42Kedua-dua pertuduhan didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum satu tahun dan tidak
01:52lebih sepuluh tahun, sebat dan denda.
01:54Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan yang minimum kerana istrinya tidak bekerja selain perlu menanggung sembilan anak.
02:04Katanya, dia juga menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gaut.
02:09Mahkamah Session menetapkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin yang bukan isteri tertuduh manakala mahkamah magistrat RM3,000.
02:19Tertuduh turut diarahkan menyerahkan pasport, melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, serta tidak mengganggu saksi pendakwaan hingga kes
02:29selesai.
02:30Tarikh sebutan semula kes 15 April depan.
Comments