Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Dalam 100 jam pertama perang ke atas Iran, Amerika Syarikat membelanjakan sekitar AS$3.7 bilion,

Daripada jumlah itu, hanya enam peratus yang diluluskan dalam bajet asal Pentagon, sekali gus memaksa Washington mencari sumber pembiayaan tambahan bagi menampung kos operasi ketenteraan yang semakin meningkat.
Transcript
00:01Jika dilihat hanya pada 100 jam pertama perang terhadap Iran, Amerika Syarikat telah membelanjakan sekitar 3.7 bilion dolar Amerika.
00:12Jumlah itu lebih tinggi daripada perbelanjaan keseluruhan ketenteraan di kebanyakan negara pada 2024.
00:20Menariknya daripada keseluruhan jumlah ini atau 891.4 juta dolar sehari, hanya sekitar 178 juta dolar dalam bajet Pentagon.
00:30Ertinya kurang daripada 5% sahaja yang sudah diluluskan oleh Kongres.
00:35Selebihnya masih belum ada sumber pembiayaan yang jelas.
00:40Inilah gambaran betapa besar kos satu hari peperangan ke atas Iran.
00:44Namun di Washington, Trump masih bercakap seolah-olah beliau yang menentukan bila perang ini akan berakhir.
00:52Mungkin mereka perlu ingat kembali detik memalukan mereka dalam Perang Vietnam apabila terpaksa berundur pada 1973.
01:01Kos perang ini kepada Amerika Syarikat sangat besar.
01:04Menurut Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa, ia membabitkan lebih 200 pesawat pejuang, armada, kapal perang di laut serta artileri di
01:12darat.
01:13Kosnya sekitar $196 juta dolar Amerika.
01:16Lebih, 2,600 senjata berpandu dilancarkan dalam tempoh 100 jam.
01:21Peluru berpandu, bom pintar dan drone.
01:25Kos untuk menggantikannya pula, cecah $3.1 bilion.
01:30Kemudian, datang pula kos yang boleh dikatakan agak memalukan.
01:34Tiga pesawat pejuang F-15 musnah akibat tembakan rakan sendiri di Kuwait.
01:39Bil kerugian dianggar sekitar $359 juta dolar.
01:44Amerika Syarikat turut melancarkan serangan dari jarak jauh menggunakan peluru berpandu tomahawk berharga $3.6 juta setiap satu.
01:53Empat hari kemudian, selepas pertahanan mula dilemahkan, barulah Amerika menjatuhkan bom J-DAM, penilai $80,000 setiap satu.
02:01Namun, bahagian paling mahal dalam peperangan ini adalah kos memintas serangan balas Iran.
02:07Sebuah drone syahid buatan Iran boleh menelan kos sehingga $50,000.
02:12Tetapi, kos untuk menembak jatuh sebuah drone itu boleh menjadi 100 kali ganda lebih mahal.
02:20Dalam tempoh empat hari, Iran melancarkan kira-kira 500 peluru berpandu, balestik dan 2,000 drone.
02:27Dan serangan itu tidak semestinya perlu mengenai sasaran.
02:31Setiap pelancaran tetap akan mengurangkan stok pertahanan udara pihak lawan.
02:37Sukutu Teluk turut membantu menangkis serangan dan mereka berjaya memintas lebih 1,800 peluru berpandu dan drone.
02:45Bukan semua kuasa besar mampu bertahan walaupun mempunyai tentera paling mahal di dunia.
02:52Amerika pernah belajar perkara itu ketika Perang Vietnam semasa di Afganistan dan Irak.
02:59Persoalannya sekarang, adakah Washington sedang mengulang perkara sama di Iran?
Comments

Recommended