00:00Pesuruh Jaya Ekonomi Eropah, Valdis Dombrovskis berkata negara-negara G7 bersedia melepaskan simpanan minyak strategik jika diperlukan.
00:10Kenyataan itu menyusul ketika mana Menteri-Menteri Kewangan Eropah sedang memantau rapat lonjakan harga minyak global berikutan konflik Iran, Amerika
00:19Syarikat dan Israel dan mempertimbangkan langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya terhadap ekonomi blok itu.
00:28Menurut Dombrovskis, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Britain, Itali, Jerman dan Perancis telah mencapai kata sepakat untuk menyelaras tindakan mereka berhubung
00:39pasaran minyak.
00:41Beliau berkata kesan dasar terhadap lonjakan harga minyak akan bergantung kepada jangka masa, skop dan intensiti konflik dirantau teluk.
01:18Menurut Dombrovskis berhubung dan menguasakan bahawa negara-negara barat tidak melonggarkan sekatan terhadap Rusia.
01:24kerana tindakan itu akan membolehkan Moskow mendapat keuntungan melalui harga minyak dan gas yang meningkat akibat perang di Teluk.
01:33Harga minyak melonjak sekitar 7% pada Isnin dan mencecah paras tertinggi sejak 2022
01:39selepas meningkat setinggi 29% dalam tempoh dagangan harian ketika Arab Saudi dan negara OPEC lain
01:46menghadkan bekalan dalam suasana perang AS, Israel dan Iran yang semakin meruncing.
Comments