00:00Malaysia menyampaikan ucapan simpati dan sokongan kepada Kuwait dan Oman yang kini berdepan ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara, susulan
00:10perkembangan tegang di Asia Barat.
00:12Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu disampaikan dalam perbualannya dengan Perdana Menteri Kuwait, Syekh Ahmad Abdullah Al
00:20-Ahmad Al-Sabah serta Menteri Luar Oman, Said Bada Al-Busaydi.
00:24Selain itu, Anwar turut menyampaikan penghargaan terhadap komitmen kedua-dua kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang menetap
00:34di negara masing-masing.
00:36Beliau turut memuji usaha Oman dalam memudah cara proses perantara antara Amerika Syarikat dan Iran ketika ketegangan serantau semakin meningkat.
00:44Beliau berkata, semua pihak yang terlibat bersetuju bahawa konflik ini perlu ditangani melalui pendekatan damai dengan menekankan keperluan menahan diri
00:54bagi mengelakkan ketegangan yang boleh menjejaskan kestabilan rantau teluk.
00:58Terima kasih telah menonton!
Comments