00:00Kementerian Pertahanan Turki memaklumkan sebutih peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran dan memasuki ruang udara Turki telah dipintas oleh
00:09aset pertahanan udara dan peluru berpandu pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO yang ditempatkan di Timur Mediteranean.
00:17Dalam satu kenyataan yang dikongsi di X, Kementerian itu berkata beberapa serpihan daripada peluru itu terjatuh di kawasan Tanah Kosong
00:26di Gaziantep.
00:30Tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan susulan insiden itu.
00:35Kementerian itu menambah pihak berkuasa akan mengambil semua langkah perlu secara tegas tanpa teragak-agak terhadap sebarang ancaman yang ditujukan
00:44kepada wilayah dan ruang udara negara Turki.
00:47Dalam kenyataan berasingan yang dikongsikan di X, pengarah komunikasi Turki, Burhanetin Duran mengesahkan bahawa peluru berpandu itu telah dipintas dan
00:57dinitralkan tepat pada masanya oleh aset pertahanan udara dan peluru berpandu NATO di ruang udara daerah Sahin Bay, Gaziantep.
01:06Perkembangan itu berlaku ketika Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan bersama ke atas Iran mengorbankan lebih 1,200 orang termasuk
01:15pemimpin tertingginya Ayatollah Ali Khamenei.
01:19Tehran membalas dengan serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq dan negara-negara teluk yang menempatkan aset
01:28tentera Amerika.
Comments