00:00Polis Pulau Pinang membongkar makmal haram pemprosesan dadah jenis ganja dengan nilai keseluruhan rampasan lebih RM230,000 dalam serbuan di
00:10Georgetown selain menahan dua lelaki berusia 27 dan 55 tahun.
00:15Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizi Ismail berkata serbuan yang dijalankan jam 3 petang Jumaat sehingga 9 pagi Sabtu membabitkan
00:24sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang.
00:30Pemeriksaan terhadap suspek pertama yang ditahan di kawasan tempat letak kereta menemukan bungkusan berisi bunga ganja.
00:37Berpandukan kad akses yang dirampas kepada suspek, pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah rumah di daerah Timur Laut dan turut melakukan rampasan
00:46paket berisi ketulan mampat dan bunga ganja.
00:49Turut dirampas biskut dan coklat ganja, picagari dan pot vape berisi cecai ganja serta cecai kimia termasuk peralatan bagi pemprosesan
01:00dadah.
01:00Mengulas selanjut Azizi berkata suspek kedua yang juga rakan suspek pertama kemudian ditahan di satu kawasan berasingan.
01:07Hasil risikan mendapati aktiviti pemprosesan dadah oleh pembekal itu bergiat aktif sejak Januari lalu.
01:15Hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
01:22Menurut Azizi, kedua-dua suspek diremang sehingga 13 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Comments