Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Proses membawa balik rakyat Malaysia dari negara terjejas dengan konflik Asia Barat, kini memasuki fasa akhir persiapan.
Transcript
00:00Proses membawa balik rakyat Malaysia dari negara terjejas dengan konflik Asia Barat kini memasuki fasa akhir persiapan. Majlis Keselamatan Negara
00:10MKN pada Isnin berkata, Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar semua langkah digerakkan dengan segera bagi memastikan
00:18keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara.
00:24MKN berkata pihaknya akan menyelaras operasi ini dengan kerjasama rapat Kementerian Luar Negeri KLN melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara
00:33-negara berkaitan.
00:34MKN bersama KLN juga akan menyalurkan perkembangan operasi ini secara berkala kepada semua pihak sehingga keseluruhan proses membawa pulang rakyat
00:42Malaysia ini selesai.
00:44Selain itu, MKN berkata kerajaan Malaysia akan melakukan segala yang termampu bagi memastikan rakyat Malaysia yang terlibat dapat kembali ke
00:52tanah air dengan selamat.
00:54Setakat 7 Mac 2026, seramai 649 rakyat Malaysia masih terkandas di pelbagai lokasi Asia Barat akibat gangguan penerbangan dan sekatan
01:03ruang udara.
01:04Manakala KLN melaporkan seramai 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar melalui sistem e-Consular untuk memudahkan pemantauan dan penyelarasan bantuan
01:16negara yang paling terjejas termasuk Arab Saudi, UAE, Oman dan Turki.
01:21Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended