00:00Turki pada Isnin mengerahkan enam pesawat pejuang F-16 serta sistem pertahanan udara ke Cyprus utara bagi memperkukuh keselamatan komuniti
00:09Turki di wilayah itu.
00:11Susulan perkembangan perang di Iran, Kementerian Pertahanan Turki memaklumkan Ankara juga bersedia mengambil langkah tambahan jika keadaan memerlukan.
00:21Langkah itu diambil ketika beberapa kuasa Eropah meningkatkan penempatan aset ketenteraan di Cyprus sejak kebelakangan ini.
00:28Menurut pegawai keselamatan satu drone Iran yang dipercayai dilancarkan, Hezbollah menyerang pangkalan udara British Akrotiri di Cyprus minggu lalu.
00:38Dalam satu kenyataan, Kementerian itu berkata enam pesawat pejuang F-16 dan sistem pertahanan udara telah ditempatkan di Cyprus utara
00:46bermula hari ini.
00:47Menurutnya, langkah itu merupakan sebahagian daripada perancangan berperingkat bagi memperkukuhkan keselamatan selain tidak menolak kemungkinan tindakan tambahan akan diambil jika
00:56perlu.
00:58Terima kasih.
Comments