Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan wanita sebagai nadi kekuatan keluarga, tiang seri masyarakat dan penggerak penting kemajuan negara.
Transcript
00:00Dan pastinya lebih banyak berkenaan konflik di Asia Barat akan kami bawakan dalam segmen Sinar Awani selepas jam 8 malam
00:07nanti
00:08antaranya mengenai kemungkinan serangan darat Amerika Syarikat terhadap Iran.
00:12Jadi jangan ke mana-mana, rakan setugas akan bersama saya sebentar lagi dan kita beralih ke laporan berikutnya.
00:18Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan wanita sebagai nadi kekuatan keluarga, tiang seri masyarakat dan penggerak penting kemajuan negara.
00:26Menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Perdana Menteri berkata di sebalik keluarga yang utuh dan masyarakat sejahtera
00:35terserlah pengorbanan, ketabahan serta kebijaksanaan wanita yang tidak pernah jemur mencurahkan kasih sayang demi masa depan lebih baik.
00:45Perdana Menteri secara peribadi amat menghargai segala pengorbanan wanita dalam kehidupannya sendiri khususnya isteri beliau,
00:53Datuk Seri Dr. Wan Azizah, Wan Ismail serta anak-anaknya yang sentiasa menjadi sumber kekuatan, kesabaran dan dukungan sepanjang perjalanan
01:02perjuangan beliau.
01:03Kata Perdana Menteri, kekuatan yang sama juga terpancar daripada jutaan wanita di seluruh negara, para ibu, isteri, anak, pendidik, penjaga
01:13dan pemimpin masyarakat
01:14yang setiap hari berjuang dalam senyap demi keluarga dan negara tercinta.
01:19Anwar turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama menghargai peranan dan sumbangan besar wanita
01:25serta memastikan golongan itu terus dihormati, diperkasakan dan diberikan ruang yang adil untuk menyumbang kepada kemajuan negara.
01:34Jelasnya, wanita adalah kekuatan, harapan dan masa depan negara.
Comments

Recommended