Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran akan melakukan serangan darat ke atas Iran ekoran negara itu terus bertindak balas terhadap sera­ngan mereka dan sekutunya Israel.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran akan melakukan serangan darat ke atas Iran, ekoran negara itu terus bertindak balas
00:07terhadap serangan mereka dan sekutunya Israel.
00:10Malah Trump juga mengugut akan mendatangkan kerosakan lebih serius ke atas Republik Islam itu dan perang bakal berlanjutan lebih daripada
00:18sebulan.
00:21Dalam satu wawancara dengan akhbar The New York Post, Trump berkata beliau tidak teragak-agak untuk membenarkan anggota tentera Amerika
00:27memasuki Iran jika ia perlu,
00:30malah beliau juga tidak peduli mengenai kemungkinan kesan politik ekoran daripada tindakan tersebut.
00:35Menurutnya serangan operasi Epic Fury yang dilancarkannya pada Sabtu lalu itu juga berlaku lebih awal daripada yang dijadualkan.
00:42Operasi itu membunuh puluhan pegawai tinggi tentera termasuk pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamini bersama beberapa ahli keluarganya.
00:50Serangan Amerika bersama Israel itu bertujuan untuk melumpuhkan kepimpinan tentera dan politik Iran tetapi kini ia semakin merebak apabila Iran
00:57melancarkan serangan balas ke atas kepentingan Amerika di beberapa negara Arab.
01:02Dalam tembual berasingan dengan agensi berita CNN, Trump memberi isyarat bahawa tindakan ketenteraan yang lebih besar ke atas Iran masih
01:08belum dimulakan sepenuhnya.
01:10Beliau berkata serangan setakat ini hanyalah permulaan dan gelombang besar masih belum berlaku dan ia akan berlaku tidak lama lagi.
01:18Trump turut memberitahu Washington juga bersedia untuk konflik yang berpanjangan kesan serangan itu.
01:24Perang yang memastiki hari kelima itu telah menyebabkan harga minyak terus meningkat manakala nilai dolar dan pasaran saham jatuh kerana
01:31pelabur memantau perang yang semakin meluas di Asia Barat.
01:34Serangan di Iran juga telah mengganggu aliran tenaga serantau dengan selat hormus, lawan penting yang dilalui kira-kira 1.5
01:41minyak dunia secara berkesan ditutup oleh Teheran.
01:44Perang itu juga menimbulkan kebimbangan mengenai krisis tenaga baharu yang berpotensi meningkatkan inflasi global.
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended