00:00Baik, angka kematian akibat serangan berterusan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran meningkat kepada 787 orang.
00:08Menurut Bulan Sabit Merah Iran, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di runtuhan bangunan yang telah dibom.
00:15Menurut kenyataan organisasi itu, tidak ada maklumat diberikan mengenai jumlah mangsa yang cedera atau masih hilang.
00:20Amerika Syarikat dan Israel meneruskan serangan berskala besar terhadap Iran sejak Sabtu lepas di mana operasi berkenaan meragut nyawa beberapa
00:27pemimpin kanan Iran termasuk pemimpin agung Ayatollah Ali Khamini dan ahli keluarganya serta pegawai kanan tentera.
00:34Sebagai tindak balas, Teheran melancarkan serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel dan negara teluk yang menempatkan aset Amerika
00:41Syarikat.
Comments